Monday, March 24, 2014

it's true


Emma diam.

tidak tahu bagaimanakah untuk memberi respon kepada soalan yang ditanya kashfi, baginya semua itu hanya mimpi sahaja.

"Emma....."

Emma menggeleng

"tak tau."

Kashfi merenung emma, sangsi.

"kenapa tak tau pulak..orangnya bukan...ke?" bibirnya dijuih kearah emma

"betul bukan aku...ko silap orang ni"

Kashfi tergelak.

"kenapa kena denied. kalau saya kata ok camne?"

Muka Emma kemerahan

"kalau ok pun kenapa..apa kaitan dengan aku"

Kali ni kashfi tergelak lagi kuat, lagi-lagi melihat muka Emma yang merah padam.

"if you didn't start it.. i think i will..heheeeee..thanks"

Emma bingkas bangun dari tempat duduknya

"it's true...i mean it...serius"

Emma tidak tahu menjawab apa, terasa teringin sahaja dirinya meninggalkan kashfi ketika itu, badanya dipalingkan dari pandangan kashfi

"saya tak rasa perbuatan awak meminang saya salah...cuma saya rasa pelik, kenapa buat-buat macam bukan awak orangnya. sedangkan saya dah pun tau awak...."

Emma memandang kashfi, matanya berair, hidung kemerahan

"sebab saya malu!!!"

Kashfi tergamam dengan reaksi emma. Baginya emma yang dihadapannya bukan lagi seperti emma sebelumnya.

................................................................................................................................

2 years later....


"sayang ingat tak..awak dulu"

pantas sahaja tangan emma menekup mulut suaminya.  

"jangan la ungkit lagi"

suaminya tergelak, tangan emma dileraikan dari mulutnya

"Hero kepada Mohd Kashfi...hahahaaa"



3 comments: