Tuesday, February 18, 2014

mengimbau memori cont.

Jam menunjukkan pukul 12.30 malam. Fatimah masih tidak boleh melelapkan mata. Sekejap-kejap badannya beralih. Pelbagai posisi telah dicuba namun fatimah masih tidak boleh melelapkan mata.  
Di luar sanak saudaranya masih sibuk menyiapkan cenderahati pengantin.
 Fatimah bukan tidak mahu menolong, tetapi dengan keadaan dirinya yang sedang berinai, menyebabkan sukar untuknya melakukan sebarang  pekerjaan.
Fatimah diam dalam gelap. Pelbagai perkara difikirkan. 
Pandangannya teralih pada pintu bilik yang dikuak perlahan. 
Kelihatan fahima mencari sesuatu.
“ima bukak la lampu kalau tak nampak”
Fahima kelihatan terkejut dengan sapaan kakaknya.
“ooo tak tido agi ye kak….kenape?...sbb nervous hari esok ke?...hahahahahahaa”
Fatimah diam seraya mengalihkan badannya membelakangi fahima.
Soalan fahima dibiarkan tanpa jawapan. Malas melayan dengan usikan-usikan sebegitu.
“kak….tido dah ke?”
Senyap.Fahima mendekatkan dirinya kepada kakaknya. Badan Fatimah digoncang perlahan oleh fahima.
“kak…..kak…..”
Masih senyap. Tiada sebarang respon diberikan oleh fatimah. Fahima mengeluh, tinggalkan kakak

Fatimah bangun awal hari itu. Selepas mencuci diri serta inai di jarinya, dia solat subuh.
 Kemudian bersiap-siap untuk pertunangan pagi ini dan seterusya ke masjid untuk upacara pernikahan.
Semuanya berjalan lancar, akhirnya fatimah selamat diijabkabulkan dengan fikri.

Kenduri kahwin diadakan pada hari itu juga. Ramai tetamu yang hadir.
Pengantin beramah mesra dengan tetamu
“Fatimah!!”
Nama fatimah dipanggil dari belakang.
Fatimah terkejut.

kelihatan budak-budak lelaki dari sekolahnya.
“timah kenal tak sape ni”
Fakrullah memperkenalkan hamzah.
Hamzah tersenyum, sebelah tangannya diangkat isyarat tanda menegur.
“oh hamzah”
Fatimah kelu, tidak tahu hendak bercakap apa.
“eh macam tu je. Takde terasa nak balas salam dier dulu ke…hahahahahahaa”
Fakrullah mengusik.
Muka Ftimah kemerahan menahan malu.
Fikri yang dari tadi memerhatikan fatimah, perasan akan perubahan muka isterinya, lantas cuba mengalih topic.
“korang ni kawan matrik ke sekolah?”

bersambung...........


0 comments:

Post a Comment