Friday, November 21, 2014

sebelah tangan


Chapter 1

“boleh tak jangan buat saya jatuh cinta kat awak….mata saya ni tak tau macam mana nak lari dari awak….hati saya ni….sapa yang nak bertanggungjawab atas perasaan hati saya ni…awak?...awak ke?...jangan macam nie…setiap hari saya belajar macam mana nak kekang perasaan ni…….awak tak faham kan…”
Hanna mengetap bibirnya, masih banyak lagi ingin diluahkan
“faiz….mohd faiz….mohd faiz abdul wahab…..please…please…..put it stop for me….go away from me….just go….please…this feeling is growing inside me…I’m afraid….i’m afraid it won’t go away”
Hanna tertunduk. Faiz dihadapannya kelihatan tergamam.
“hanna aku just tolong ambilkan air je..kan aku biasa ambilkan air”
Hanna memandang tepat ke muka faiz
“jangan….jangan buat macam ni dah…jangan ambilkan air ke ape ke….plisz jangan muncul depan saya…… this is very wrong…. You never know a women heart kan….”
Faiz mengerut dahi. Betul-betul tidak faham apa yang hanna katakan.
“ok lah hanna. Kalau itu yang ko nak kan…..jangan lupa…..”
“shhh……just go….goooo!!!”
Pantas sahaja hanna memotong kata-kata faiz. Faiz sedikit terkejut dengan tindakan hanna. Direnungnya hanna dalam-dalam sebelum pergi.
Hanna mendengus kuat. Walaubagaimanapun terasa lega dengan apa yang diluahkannya sebentar tadi.

“wei hanna….setel?”
Tanya mira sambil tersenyum
“aku rasa dah kot…..lega…..sori faiz…..sorii”
Mira menggelengkan kepala melihat kelakuan hanna. Sudah dihalaunya jejaka tersebut, terasa bersalah pula, lumrah hidup mungkin, getus hati mira.

Chapter 2

Hanna termenung melihat selipar toiletnya. Inipun pemberian faiz, malah scarf kegemarannya juga pemberian faiz. Faiz dan faiz, itu sahaja bermain di fikiran hanna. Sudah lama dia menyimpan perasaan sukanya kepada faiz dan setiap kali itu juga dia merasa bersalah. Ya bersalah pada dirinya, bersalah pada yang Maha Esa, bersalah pada ibu bapanya. Dia tertunduk, air matanya mengalir. Bukan mudah untuk membuang rasa sayang yang sudah lama berputik di hatinya.
“Hanna!”
Fatin memangilnya dari belakang. Hanna mengangkat mukanya memandang fatin.
“la, kenapa nangis ni?...pagi-pagi dah nangis. Menyesali dosa lampau ke….ekeeekeeee”
Hanna mengangkat penumbuknya, malas nak berkata apa.

Chapter 3

Faiz memerhati dari jauh. Sesekali sengaja dia berjalan di hadapan hana dengan harapan hanna akan menegurnya. Setiap hari ada sahaja gaya yang dicuba bagi mendapatkan perhatian Hanna, namun Hanna seperti itu juga, diam.
“dia benci aku kot…ke datang bulan..emmm”
Hati faiz menggumam sendiri.
Tiba-tiba handphonenya bergetar, mesej masuk.
“abang, hujung minggu ni jangan lupa janji kita…nak beli handbag untuk hantaran ni”
Faiz tersenyum melihat mesej dari tunangnya, Farah hana. Jarinya pantas menaip mesej kembali. Tumpuannya sekali lagi dialihkan kepada Hanna namun Hanna telah beredar dari situ. Jauh sudut hatinya dia ingin hubungannya dengan hanna kembali seperti biasa. Terlampau banyak perkara masih belum dijelaskan kepada Hanna termasuklah pertunangannya dengan Fara Hana.


Chapter  4

Hanna memaksa dirinya tidur lagi. Sepanjang hari tersebut dia asik tidur, tidak langsung berganjak dari katilnya. Dia mahu lupakan faiz sebolehnya. Semua barangan yang pernah dibeli faiz sudah dibuang kecuali scarf kesayangannya. Itu hadiah pertama faiz dan dia sebenarnya tak menyangka faiz tetap membelikannya tudung berkenaan walaupun pada ketika itu dia dan faiz kedua-duanya kegawatan duit. Banyak memori yang telah dibina diantara hanna dan faiz. Dari jauh datang untuk menuntut ilmu di bumi borneo dan bersama juga pulang ke semenanjung bagi menyambung pengajian ke peringkat tinggi. Di mana ada Hanna disitu juga ada faiz.

Chapter 5

“mira aku jemput ko n hanna datang kenduri aku 27/11 ni.....ni kadnye….datang tau…”
Mira tersenyum.
“weeeeiiiiiiiii!!!!!!......awat hang tak bitau nak kawin…..teriba je”
Mira tersenyum tapi didalam fikirannya sibuk membayangkan reaksi hanna setelah melihat kad kahwin faiz.
“datang tau….lagi-lagi hanna…”
Sekali lagi faiz mengingatkan Mira.
Mira mengangguk.

Chapter 6

Sudah sebulan faiz berkahwin dengan fara hana. Dia agak terkilan dengan Hanna yang masih tidak menegurnya malah kenduri kahwinnya pun tidak dihadiri. Bilik postgrad ketika itu lengang, hanya tinggal Hanna dan faiz sahaja ketika itu. Faiz nekad, kali ini dia mesti mendapatkan penjelasan yang sebenarnya dari hanna. Faiz bingkas bangun menuju kea rah tempat Hanna
“Assalamualaikum Hanna..”
Faiz menyapa
Hanna memandang Faiz kemudian kembali merenung ke skrin laptopnya
“Hanna!!!”
Kali ni suara faiz dikeraskan. Hanna sedikit terkejut.
“ye Faiz, nak apa??”
Hanna juga meninggikan suaranya
“kenapa?....aku ni dah terlampau jijik ke untuk dipandang…aku tak paham….kenapa…ko macam ni dengan aku”
Hanna terkesima dengan persoalan faiz. Dia Cuma membatukan diri, tidak mahu menjawab tidak mahu melukakan hatinya.
Faiz juga diam. Direnungnya Hanna dari atas ke bawah. Sudah susut tubuh sahabatnya itu. Entah kenapa baru kini dia perasan sedangkan hampir setiap hari dia merenung Hanna dari jauh. Mungkin dek kerana jarak, dia tidak terperasan.
“ko sakit ke Hanna”
Faiz kembali bersuara, pandangannya yang marah sebentar tadi berubah kepada simpati. Simpati melihat kawannya, simpati kerana insan yang berada di hadapannya ini Hanna.
Hanna memandang kearah faiz seraya tersenyum
“aah, sakit…sakit hati”
Faiz mengangguk.
“kritikal ke?”
Hanna tergelak mendengar pertanyaan faiz.
“kritikal. Tahniah dah kahwin”
Kali ni faiz pula tergelak,
“hadiah”
Tangannya dihulurkan kepada Hanna seperti bersedia untuk menerima hadiah.
“takde la….sori….mara bagi saya sikit kot kali ni”
Faiz tergelak.
Dan mereka terus berbual dan berbual

End chapter.

Usai bersolat, hanna tersenyum sendiri teringat perbualannya dengan faiz. Lega walaupun pedih. Almari dibuka, scarf yang diberi faiz dipakai. Hatinya betul-betul berkenan pada insan yang memberinya scarf tersebut tapi apakan daya bukan jodohnya.
“hanna?”
Mira tersengih.
“amboi rancak tengok ko berbual dengan laki orang tu”
Mira mengusik
“laki orang kan, nak rancak mana la sangat”
Hanna membalas usikan mira
“agaknya dia tau tak?”
Tanya mira sekali lagi
“entah la…berharap dia tau…tapi kalau dia tak tau pun takpe”
Balas hanna lagi
Mira mengangguk. Kedua-duanya diam

Bonus Chapter
Tiga tahun sudah berlalu, Hanna kini seorang penyelidik di sebuah pusat penyelidikan di Busan, Korea.
Hari isnin, minggu yang baru untuk semua umat manusia.
Hanna membuka almari baju, diambil scarf berwarna biru, diikatkan dilehernya. Dek kerana lusuh scarf tersebut, seringkali rakannya mentertawakannya dan hanna juga ikut tertawa.
Seperti biasa semua barang dipastikan di isi dalam beg galasnya.
Dia berjalan meneyelusuri lorong pejalan kaki dan mengamati suasana pagi di busan.
Telefonnya tiba-tiba berbunyi, watsapp baru masuk.
Faiz.
Tangannya pantas menekan butang buka untuk melihat mesej faiz.
Dia berhenti sebentar,
“hanna, tengok ni faiz junior dah boleh jalan….dia Tanya aku semalam bila aunty hanna dia nak balik Malaysia”
Hanna tersenyum melihat mesej faiz yang disertakan dengan video.
Butang play ditekan, kelihatan seorang budak kecil terumbang ambing belajar berjalan, Hanna tersenyum lebar.
“comelnye the little faiz, tolong kiss dengan hug the little faiz untuk aunty die ni ok?....”
MESSAGE SENT.


0 comments:

Post a Comment