Monday, September 10, 2012

raise ur hands to make dua' if u are getting weaken


"manusia-manusia itu memujimu kerana apa yang mereka sangka ada padamu, maka jadilah engkau pula mengeji dirimu kerana apa yang engkau tahu mengenainya"




Apabila dipuji, berdoalah seperti mana Sayyiduna Abu Bakar as-Siddiq berdoa,

اللّهم أنت أعلم بي من نفسي وأنا أعلم بنفسي منهم. اللّهم اجعلني خيراً مما يظنون واغفر لي 
ما لا يعلمون ولا تؤاخذني بما يقولون



"Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan diriku berbanding diriku, dan aku lebih mengetahui keadaan diriku berbanding mereka. Ya Allah, jadikanlah aku lebih baik daripada apa yg mereka sangka, dan ampunilah aku pada perkara yg mereka tidak ketahui, dan janganlah menghukumku dengan apa yg mereka katakan."

Allah mencela orang yg suka dipuji dengan apa yg tidak mereka lakukan. Firman Allah di dalam Surah Aal Imran, ayat 188,


"Jangan sekali-kali engkau menyangka (Wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan - jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya."

0 comments:

Post a Comment