Thursday, September 20, 2012

muhasabah saya pada pagi ini


Dr Yusuf Qaradawi pernah menyebut dalam bukunya, Fiqh Awlawiyat:

“Manusia tidak boleh dinilai dari banyak bilangannya atau besar ukuran tubuhnya. Maka begitu jugalah umur manusia, tidak seharusnya dipandang dari panjangnya (lamanya hidup) kerana terkadang manusia diberi umur panjang tetapi tidak ada berkatnya. Manakala ada orang yang singkat usianya tetapi dapat berbuat banyak, melakukan pelbagai kebajikan, dan malah melakukan amal yang TERBAIK.”

Ada orang yang mengira, bila dia diberi panjang umur, mungkin dalam kehidupan atau pemerintahannya, itu adalah tanda dia dirahmati oleh Allah.


Hakikatnya tidak semesti begitu.

Ramai orang yang hidup lebih lama, tetapi maksiatnya banyak.
Ada orang yang hidupnya hanya seketika, tetapi kebaikannya banyak. 











"nak kenal sikap seseorang lihat saja pada solatnya sebab solat kunci peribadi muslim",






-jika solatnya tertib, sikapnya seorang yang teliti
-jika banyak sunatnya, sikapnya seorang yang rajin
-jika bersih pakaian solatnya, sikapnya mementingkan kekemasan
-jika tidak khusyuk, sikapnya suka berangan-angan
-jika solatnya tidak di awal waktu, sikapnya suka bertangguh
-jika sekadar solat, sikapnya melepaskan batuk di tangga
-jika sering meninggalkan solat, orangnya jauh dari pegangan agama
dan sebenar-benar solat itu mencegah diri dari kemungkaran..


Kehidupan ini adalah untuk mencari keredhaan Allah SWT.
Syurga adalah kampung halaman kita, dan ke sana kita ingin dikembalikan.







Dunia ini adalah ladang, tempat bercucuk tanam untuk kita kutip hasilnya di akhirat sana.

Manusia yang kehidupannya berkait dengan akhirat, tidak akan hidup dengan kehidupan yang sia-sia. Kerana dunia adalah saham buat dia mendapatkan redhaNya, rahmatNya, dan syurgaNya.

Maka jadilah kita anak-anak akhirat, yang berjalan di atas muka dunia.











-aduh sedih la pagi ni...perancangan dah rapi tapi perancangan Allah lagi rapi.................jangan diratapi waktu yang pergi...yg dihadapan masih boleh dibaiki......Allahummasolli a'la muhammad.........tunjukkan aku jalan yang benar Ya Allah

0 comments:

Post a Comment