Friday, February 5, 2010

aku ramai kawan doktor...bantu aku...

terkejut sebentar membaca note abang iparku.....

anak buahku....dia menderita anencephaly....

atau lebih tepat lagi bakal anak buahku......masih berada di dalam kandungan lagi....

air mata bercucuran saat membaca notes abg iparku....

betapa tabahnyer mereka itu.......

mari melihat bingkisan notenya

Namaku Hafiz. Sedang umat Islam masih bergembira di bulan Syawal, pada hari Jumaat yang lalu, tanggal 25hb September 2009 bersamaan dengan 6hb Syawal 1430H (kalender Islam), aku mendapat berita yang menyedihkan. Bayiku yang berada dalam kandungan isteriku mengalami masalah Anencephally.

So here’s the story…

Aku selamat akad nikah dengan isteriku, Rabi’ah Hanani binti Mohd. Sidek pada 14hb Mac 2009. Selepas sebulan setengah bernikah, aku mendapat berita gembira iaitu isteriku yang tercinta mengandung. Sebagai seorang yang bakal bergelar bapa sudah semestinya excited untuk mempunyai anak sendiri.

Berdasarkan pemeriksaan doctor melalui pemeriksaan scan USG 2D, pada trimester pertama kehamilan, janin terbentuk sempurna sesuai dengan usia kehamilannya.

Setelah memasuki trimester kedua, pada bulan ke-4 kehamilan, semuanya berjalan lancar. Namun masuk bulan ke-5, semuanya berubah. Pada hari Jumaat yang lalu, aku menghantar isteriku membuat pemeriksaan doktor di sebuah klinik kerajaan di Bera, Pahang.

Semasa tengah melayan anak saudara aku bermain di area permainan kanak-kanak yang disediakan di klinik tersebut, tiba-tiba aku disapa oleh jururawat, “En. Hafiz ke? Suami kepada Pn. Rabi’ah Hanani?”

“Yer, saya,” jawabku.

“En. Hafiz, doktor nak jumpa encik di bilik no. 2 sekarang.” Aku pun segera mendukung anak saudaraku dan bergegas mencari bilik no. 2.

“Erm…kenapa doctor nak jumpa aku yer?” kataku di dalam hati. Aku mula merasa tidak sedap hati.

Sebaik sahaja aku jumpa bilik no. 2, aku terus membuka pintu. Kelihatan seorang jururawat dan seorang doktor di dalam bilik tersebut bersama-sama dengan isteriku. Doktor tersebut sedang membuat pemeriksaan scan USG 2D terhadap isteriku.

“Encik, kandungan isteri encik ada masalah di bahagian kepala,” kata Dr. Afif kepadaku. Aku tersentak dan tergamam sekejap.

“Saya tidak dapat mengesan 2 garis di bahagian kepala bayi.” Aku melihat paparan skrin seperti yang ditunjuk oleh Dr. Afif. Paparannya agak kabur. Lalu Dr. Afif menunjukkan jantung bayi, tulang belakang bayi, dan seluruh anggota badannya. Memang nampak jelas tulang bayi.

“Biasanya kita akan dapat lihat 2 garis di bahagian kepala. Saya takut kandungan isteri encik mengalami Anencephally,” kata Dr. Afif, pegawai perubatan di klinik tersebut.

“Apa benda tu doctor?” tanyaku dengan perasaan gelisah.

“Anencephally ialah keadaan di mana tulang kepala bayi tidak terbentuk sempurna. Kalau bayi ini dilahirkan, bayi tidak akan hidup lama, tidak sampai sejam, bayi akan meninggal. Biasanya kes macam ni, pihak kami akan cadangkan ditamatkan kehamilan.”

“Maksud doctor?” aku mencelah.

“Bayi digugurkan.” Tersentak aku mendengar kata-kata doctor tersebut. Rasa macam nak jatuh sahaja jantung aku mendengarnya.

“ Tapi kalau encik nak lebih yakin, saya boleh cadangkan encik dan isteri pergi scan di klinik swasta untuk hilangkan kegelisahan. Mana la tahu kalau scan di sana, lebih clear dan boleh nampak tulang kepala tersebut. Tetapi, kalau scan di sini tak clear, sudah tentu takkan nampak bentuk tulang belakang bayi dengan jelas,” terang Dr. Afif kepada kami.

Aku melihat isteriku kelihatan agak sugul.

“Ya Allah, sungguh besar dugaan-Mu ya Allah,” kataku di dalam hati. Hatiku mula sebak. Rasa macam tak tertahan lagi air mataku ingin mengalir. Tapi aku kuatkan hatiku. Aku hanya mendengar kata-kata doctor tersebut tanpa mampu bersuara. Seolah-olah mulutku terkunci seribu bahasa.

Setelah diberi maklumat oleh Dr. Afif tentang lokasi klinik swasta tersebut yang terletak di Mentakab, Pahang. Aku dan isteriku pulang ke rumah untuk menghantar anak saudara kami. Sepanjang perjalanan pulang, aku melihat isteriku menangis. Secara tidak langsung, air mataku mengalir.

Jam di tangan menunjukkan pukul 12 tengahari. “Sempat ke aku pergi ke sana? Lagipun hari ni hari jumaat. Kalau aku tak pergi sekarang, hati aku takkan tenteram. Tak pe la, nanti aku sembahyang Jumaat di Mentakab sahaja,” kataku di dalam hati.

Sebaik sahaja menghantar anak saudara kami, kami bergegas ke Mentakab. Di sepanjang perjalanan, kami tidak dapat menahan sebak di dada. Kami menangis mengenangkan keadaan bakal anak kami sambil berharap tidak ada masalah dengan kandungan isteriku.

“Ya Allah, berikan lah kami kekuatan untuk menghadapi ujian Mu ya Allah.”

Aku melihat isteriku tersangat-sangatlah sedih. Aku mengerti perasaan dia. Dia yang mengandung selama 5 bulan ini. Dia yang merasa pergerakan bayi dalam perut. Sudah tentulah dia lebih terasa akan kesedihan ini.

Sampai sahaja di Mentakab, aku lihat jam menunjukkan pukul 1 petang. Klinik tersebut tutup dan buka semula pada pukul 2 petang. Nasib baiklah klinik tersebut terletak berhampiran dengan masjid.

Selepas selesai menunaikan ibadah solat jumaat, aku bergegas ke kereta ku dan sekali lagi aku lihat isteriku menangis. Aku cuba menenangkan keadaan dia dan cuba mengelak dari mengalirkan air mata di hadapannya.

“Aku kena kuat. Aku tak boleh menangis di hadapan dia (isteriku),” kataku di dalam hati. Hanya Allah je yang tahu betapa pilunya hati aku. Aku tidak dapat menahan sebak. Tanpa disedari air mata aku mengalir semula semasa memberikan kata-kata semangat kepada isteriku.

Tepat pukul 2 petang kami masuk ke dalam klinik tersebut dan jururawat tersebut memberitahu klinik yang tersebut bukan klinik yang kami cari. Kebetulan nama klinik tersebut sama. Lalu jururawat tersebut memberitahu kami di mana lokasi sebenar klinik yang kami cari.

Sepanjang perjalanan mencari klinik tersebut, isteriku sentiasa menangis. Aku paham perasaan dia. Tapi aku menasihati dia agar tabah menghadapi dugaan ini. Kami tersangat-sangatlah berharap agar telahan yang dibuat oleh Dr. Afif tadi salah.

Kami masuk ke dalam klinik dengan tabah. Selepas proses pendaftaran selesai. Kami duduk menunggu di kerusi yang disediakan.

“Puan Rabi’ah Hanani.” Nama isteriku dipanggil.

Kami masuk ke dalam bilik doctor pakar tersebut. Nama doctor tersebut Dr. Chan. Selepas menerangkan situasi yang kami alami. Doktor tersebut mengarahkan isteri saya untuk menjalani pemeriksaan scan USG. Scan di klinik tersebut jenis 4D (4 Dimensi). Kali ini aku dapat lihat dengan lebih jelas anggota badan bayiku.

“Memang sah kandungan ada masalah di bahagian kepala. Anencephally,” kata doctor tersebut. Aku lihat bahagian kepala dia memang tiada tulang tengkorak.

“Ya Allah, berilah daku kekuatan untuk menghadapi dugaan Mu ya Allah. Sungguh besar dugaan Mu,” rintihan aku di dalam hati sebaik sahaja mendengar dan melihat sendiri keadaan kepala anakku. Aku lihat semua anggota badannya terbentuk sempurna. Denyutan jantung dia berdenyut normal. Aku lihat dia agak lasak di dalam kandungan isteriku. Menggerakkan kaki dan tangan. Aku hiba melihat isteriku yang cuba menahan air matanya keluar tapi aku tahu di dalam hatinya tersangat-sangatlah sedih.

“Doktor, apakah jantina bayi?” tanyaku kepada Dr. Chan.

“Lelaki,” jawab doctor. Lagi bertambah hiba di hatiku. Anak lelaki sulongku takkan hidup lama.

“Biasanya kes-kes macam ni, kita akan nasihatkan supaya tidak diteruskan kehamilan ini. Sebab bayi ini tidak boleh hidup lama. Sebaik sahaja lahir, dia akan mati,” terang doctor pakar tersebut kepada kami.

“Biasanya apakah punca-punca terjadinya masalah ini?” tanyaku kepada doctor tersebut.

“Mungkin kekurangan asid folic. Asid folic kena dimakan sejak sebelum hamil lagi. Sebab utama terjadinya Anencephally masih belum ada diketahui. Ia merupakan semulajadi,” terang doctor pakar tersebut.

“Doktor, ada harapan tak ia terbentuk?” tanya isteriku dengan nada yang hiba.

“Tiada harapan. Memang takkan terbentuk. Peluang untuk terbentuk 0%. Sebab biasanya kalau usia kandungan 5 bulan, ia memang sudah terbentuk,” jawab Dr. Chan.

Doktor tersebut menasihatkan agar bayi tersebut digugurkan. Setelah selesai, kami melangkah keluar dari bilik tanpa suara. Aku rasa macam ingin menangis. Aku menahan air mataku dari keluar. Aku lihat isteriku sugul.

Selepas membayar cas rawatan, aku keluar dari klinik itu sambil memegang tangan isteriku. Aku lihat air matanya mula mengalir. Masuk sahaja dalam kereta, dia terus menangis. Aku juga tidak dapat menahan sebak di dada. Air mataku mengalir.

Setelah berbincang dengan pihak keluarga isteriku, kami mengambil keputusan untuk meneruskan sehingga bayi kami dilahirkan. Kami akan terus berdoa, bertawakal kepada Allah agar Allah sempurna kejadian anak kami. Kami benar-benar berserah kepada Ilahi agar bayi kami diberikan harapan.

“Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk menghadapi ujian ini.”

Andaikata satu hari nanti kami mengambil keputusan menggugurkan bayi tersebut, adakah ia pilihan yang tepat? Kenapa bayi kami yang harus hadapi benda ini? Sampai sekarang doktor-doktor pakar masih tidak tahu apakah punca sebenar Anencephally. Mungkin ini suratan takdir. Namun aku yakin pasti ada rahmat disebalik kejadian ini yang kita tidak tahu. Sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa. Dia yang menentukan sesuatu kejadian dan mengatur alam semester ini. Namun semua ini merupakan ujian yang bakal mengukuh keimanan kita. Diharap Allah memberikan kami ketabahan untuk menghadapi ujian dan cubaan yang besar ini. Amin…







.......

2 comments:

  1. Anencephally...

    erm...ntah la..tak tahu camner nak cakap...

    blajar gak pasal benda ni...

    erm, semua tu ujian Allah..harus diterima dengan tabah..

    ReplyDelete