Monday, September 2, 2013

Sayangku dibasahi darah

Said mengangkat pedangnya tinggi, bersiap sedia untuk memenggal kepala ghafar, anaknya.

Air matanya mengalir deras, ghafar di pandang penuh sayu, namun dia nekad.

Pedang di hayun beberapa kali hampir ke kepala ghafar.

Ghafar tidak langsung berganjak walaupun diuji dengan hayunan pedang bapanya.

Ghafar tidak menangis, jauh sekali merayu untuk dilepaskan. Dia hanya tunduk,diam,berfikir akan kesalahannya.

"Abdul ghafar, adakah kamu akan terus berdiam diri."

Said bersuara setelah melihat anaknya tidak gentar akan pedangnya.

"Bersuaralah wahai abdul ghafar,mungkin hatiku akan pulih jika kamu berkata sesuatu"

Said sekali lagi bersuara mengharapkan sesutu dari anaknya.kali ini suaranya dilembutkan.

Ghafar terus berdiam,membatukan diri di depan bapanya. Esak tangis ayahnya kedengaran.

"Ghafar, kau sudah keterlaluan. Adakah aku ini sudah tiada apa-apa bagimu sehingga kau sanggup melakukan perkara itu kepadaku. Ya aku memang sudah tua, ghafar...tetapi umurku yang lanjut ini tidak pernah menumpulkan akalku,apatah lagi usia mudamu. Sudah la ghafar, andai tiada keikhlasan lagi dalam dirimu, bertebaranlah kamu di bumi Allah ini. Aku redha apa yang telah kau lakukan untukku. Anggaplah aku bukan bapamu lagi. Pergilah kamu keluar dari negeri ya ghafar"..

Said menghayun sekali lagi pedangnya dan kali ini tepat mengenai lengan ghafar.

Darah merah pekat membasahi bilah pedangnya.

Tercerailah sudah lengan ghafar dari jasadnya.

Ghafar terpelosok mengerang kesakitan. Matanya dipejam kuat berharap kesakitannya akan berkurang.

Air mata said masih mengalir. Pilu melihat anaknya menahan kesakitan, tapi apakan daya, ini sahaja cara untuk mengajar anaknya.

Ghafar dilihatnya terkial-kial bangun untuk pergi dari rumah tersebut.

Hatinya terasa mahu sahaja dia menolong merawat luka ghafar,lantas memujuk anaknya agar tidak menunggalkan rumahnya itu.

Said menguatkan hatinya, kakinya dipaksa melangkah masuk ke dalam rumahnya tanpa sedikitpun memalingkan muka untuk melihat anaknya.

"Pergilah anakku,mencari di mana dirimu, aku doakan kamu berjaya menemui dirimu"

Bisik said di dalam hati........



0 comments:

Post a Comment