Tuesday, July 16, 2013

Kita tak punya apa2


Fiqa terduduk.

"Wah sedap ke dengar ceramah free?"

Zati menegur.

Fiqah diam,fikir apa yang disampaikan sebentar tadi kepadanya barangkali.

Saban kali membuat kesalahan, membuatkan dia sendiri lemas.

Direnung jam ditangannya,betapa waktu berlalu begitu pantas.

Dementia, ya fiqah sudah disahkan menghidap dementia.

Setengah perkara amat sukar diingati kini.

Fiqah menarik nafas panjang.

Perlahan-lahan tangannya mencapai buku nota.

Dia perlu mencatat dan terus mencatat, entah sampai bila.

Tangannya menggeletar, tidak pasti apa yang ingin ditulis.

Terlupa, fiqah menarik nafas cuba mencari fokus dan akhirnya terleka dengan kelakuan zati disebelahnya.

"Eh bila masa akak bg zati hedfon tu"

Zati mengalihkan pandangan pada fiqah, pelik dengan persoalan fiqah.

"Tadi bukan akak yang suruh zati guna"

Fiqah terdiam, air mata terlerai.

"Haih aku masih ada masa...no more mistake please..aku tak punya apa2..ingatan aku juga milikNYA"

Ya fiqah mahu kembali, jauh dari membuat kesilapan yang berulang kali.



0 comments:

Post a Comment