Saturday, May 9, 2009

Mesej…

Saya tersenyum baca mesej

”wani i miss you”

Mesej dari seorang sahabat yang hampir setahun tidak bersemuka.

Kawan kalau la boleh ku ungkapkan perasaanku ketika ini mungkinkah kau akan lebih memahami diriku..aku pun rindu kamu.....tapi apakan daya jarak,masa yang terlalu singkat menghalang kita daripada bertemu...bukan apa kawanku...macam-macam masalah menimpa diriku sekarang...

Jangan la merajuk..sedih la....

Aku sendiri tidak merasakan bertemu face to face tindakan yang sepatutnya dilakukan..aku gembira mendengar suara kamu di telefon dari bertemu dek kerana aku tidak betah berada di depan seseorang terlalu lama...lidahku terkelu otak membeku..tidak tahu apa yang harus dibicarakan..kerana sukar untukku berhadapan dengan reaksi mu mungkin?...

Aku mampu untuk membaca air muka seseorang..kerana itu aku tidak rela menterjemah apa yang kamu rasakan ketika itu...aku seorang yang sensitif...kadang-kadang terfikir aku akan perkara buruk tentang dirimu sebagai balasan terhadap reaksi muka yang kamu tunjukkan..oleh itu...

Lebih baik kita bercakap di telefon..sekurang-kurangnya terhapus segala perkara buruk yang mungkin aku sendiri salah tafsirannya apabila melihat reaksi mu....

0 comments:

Post a Comment