Chapter 1
“boleh tak jangan
buat saya jatuh cinta kat awak….mata saya ni tak tau macam mana nak lari dari
awak….hati saya ni….sapa yang nak bertanggungjawab atas perasaan hati saya
ni…awak?...awak ke?...jangan macam nie…setiap hari saya belajar macam mana nak kekang
perasaan ni…….awak tak faham kan…”
Hanna mengetap
bibirnya, masih banyak lagi ingin diluahkan
“faiz….mohd
faiz….mohd faiz abdul wahab…..please…please…..put it stop for me….go away from
me….just go….please…this feeling is growing inside me…I’m afraid….i’m afraid it
won’t go away”
Hanna tertunduk. Faiz
dihadapannya kelihatan tergamam.
“hanna aku just tolong
ambilkan air je..kan aku biasa ambilkan air”
Hanna memandang tepat
ke muka faiz
“jangan….jangan buat
macam ni dah…jangan ambilkan air ke ape ke….plisz jangan muncul depan saya……
this is very wrong…. You never know a women heart kan….”
Faiz mengerut dahi.
Betul-betul tidak faham apa yang hanna katakan.
“ok lah hanna. Kalau
itu yang ko nak kan…..jangan lupa…..”
“shhh……just
go….goooo!!!”
Pantas sahaja hanna
memotong kata-kata faiz. Faiz sedikit terkejut dengan tindakan hanna.
Direnungnya hanna dalam-dalam sebelum pergi.
Hanna mendengus kuat.
Walaubagaimanapun terasa lega dengan apa yang diluahkannya sebentar tadi.
“wei hanna….setel?”
Tanya mira sambil
tersenyum
“aku rasa dah
kot…..lega…..sori faiz…..sorii”
Mira menggelengkan
kepala melihat kelakuan hanna. Sudah dihalaunya jejaka tersebut, terasa
bersalah pula, lumrah hidup mungkin, getus hati mira.
Chapter 2
Hanna termenung
melihat selipar toiletnya. Inipun pemberian faiz, malah scarf kegemarannya juga
pemberian faiz. Faiz dan faiz, itu sahaja bermain di fikiran hanna. Sudah lama
dia menyimpan perasaan sukanya kepada faiz dan setiap kali itu juga dia merasa
bersalah. Ya bersalah pada dirinya, bersalah pada yang Maha Esa, bersalah pada
ibu bapanya. Dia tertunduk, air matanya mengalir. Bukan mudah untuk membuang
rasa sayang yang sudah lama berputik di hatinya.
“Hanna!”
Fatin memangilnya
dari belakang. Hanna mengangkat mukanya memandang fatin.
“la, kenapa nangis
ni?...pagi-pagi dah nangis. Menyesali dosa lampau ke….ekeeekeeee”
Hanna mengangkat
penumbuknya, malas nak berkata apa.
Chapter 3
Faiz memerhati dari
jauh. Sesekali sengaja dia berjalan di hadapan hana dengan harapan hanna akan
menegurnya. Setiap hari ada sahaja gaya yang dicuba bagi mendapatkan perhatian
Hanna, namun Hanna seperti itu juga, diam.
“dia benci aku kot…ke
datang bulan..emmm”
Hati faiz menggumam
sendiri.
Tiba-tiba
handphonenya bergetar, mesej masuk.
“abang, hujung minggu
ni jangan lupa janji kita…nak beli handbag untuk hantaran ni”
Faiz tersenyum
melihat mesej dari tunangnya, Farah hana. Jarinya pantas menaip mesej kembali.
Tumpuannya sekali lagi dialihkan kepada Hanna namun Hanna telah beredar dari
situ. Jauh sudut hatinya dia ingin hubungannya dengan hanna kembali seperti
biasa. Terlampau banyak perkara masih belum dijelaskan kepada Hanna termasuklah
pertunangannya dengan Fara Hana.
Chapter 4
Hanna memaksa dirinya
tidur lagi. Sepanjang hari tersebut dia asik tidur, tidak langsung berganjak
dari katilnya. Dia mahu lupakan faiz sebolehnya. Semua barangan yang pernah
dibeli faiz sudah dibuang kecuali scarf kesayangannya. Itu hadiah pertama faiz
dan dia sebenarnya tak menyangka faiz tetap membelikannya tudung berkenaan
walaupun pada ketika itu dia dan faiz kedua-duanya kegawatan duit. Banyak
memori yang telah dibina diantara hanna dan faiz. Dari jauh datang untuk
menuntut ilmu di bumi borneo dan bersama juga pulang ke semenanjung bagi
menyambung pengajian ke peringkat tinggi. Di mana ada Hanna disitu juga ada
faiz.
Chapter 5
“mira aku jemput ko n
hanna datang kenduri aku 27/11 ni.....ni kadnye….datang tau…”
Mira tersenyum.
“weeeeiiiiiiiii!!!!!!......awat
hang tak bitau nak kawin…..teriba je”
Mira tersenyum tapi
didalam fikirannya sibuk membayangkan reaksi hanna setelah melihat kad kahwin
faiz.
“datang
tau….lagi-lagi hanna…”
Sekali lagi faiz
mengingatkan Mira.
Mira mengangguk.
Chapter 6
Sudah sebulan faiz
berkahwin dengan fara hana. Dia agak terkilan dengan Hanna yang masih tidak
menegurnya malah kenduri kahwinnya pun tidak dihadiri. Bilik postgrad ketika
itu lengang, hanya tinggal Hanna dan faiz sahaja ketika itu. Faiz nekad, kali
ini dia mesti mendapatkan penjelasan yang sebenarnya dari hanna. Faiz bingkas
bangun menuju kea rah tempat Hanna
“Assalamualaikum
Hanna..”
Faiz menyapa
Hanna memandang Faiz
kemudian kembali merenung ke skrin laptopnya
“Hanna!!!”
Kali ni suara faiz
dikeraskan. Hanna sedikit terkejut.
“ye Faiz, nak apa??”
Hanna juga
meninggikan suaranya
“kenapa?....aku ni
dah terlampau jijik ke untuk dipandang…aku tak paham….kenapa…ko macam ni dengan
aku”
Hanna terkesima
dengan persoalan faiz. Dia Cuma membatukan diri, tidak mahu menjawab tidak mahu
melukakan hatinya.
Faiz juga diam.
Direnungnya Hanna dari atas ke bawah. Sudah susut tubuh sahabatnya itu. Entah
kenapa baru kini dia perasan sedangkan hampir setiap hari dia merenung Hanna
dari jauh. Mungkin dek kerana jarak, dia tidak terperasan.
“ko sakit ke Hanna”
Faiz kembali
bersuara, pandangannya yang marah sebentar tadi berubah kepada simpati. Simpati
melihat kawannya, simpati kerana insan yang berada di hadapannya ini Hanna.
Hanna memandang kearah
faiz seraya tersenyum
“aah, sakit…sakit
hati”
Faiz mengangguk.
“kritikal ke?”
Hanna tergelak
mendengar pertanyaan faiz.
“kritikal. Tahniah
dah kahwin”
Kali ni faiz pula
tergelak,
“hadiah”
Tangannya dihulurkan
kepada Hanna seperti bersedia untuk menerima hadiah.
“takde la….sori….mara
bagi saya sikit kot kali ni”
Faiz tergelak.
Dan mereka terus
berbual dan berbual
End chapter.
Usai bersolat, hanna
tersenyum sendiri teringat perbualannya dengan faiz. Lega walaupun pedih.
Almari dibuka, scarf yang diberi faiz dipakai. Hatinya betul-betul berkenan
pada insan yang memberinya scarf tersebut tapi apakan daya bukan jodohnya.
“hanna?”
Mira tersengih.
“amboi rancak tengok
ko berbual dengan laki orang tu”
Mira mengusik
“laki orang kan, nak
rancak mana la sangat”
Hanna membalas usikan
mira
“agaknya dia tau
tak?”
Tanya mira sekali
lagi
“entah la…berharap
dia tau…tapi kalau dia tak tau pun takpe”
Balas hanna lagi
Mira mengangguk.
Kedua-duanya diam
Bonus Chapter
Tiga tahun sudah
berlalu, Hanna kini seorang penyelidik di sebuah pusat penyelidikan di Busan,
Korea.
Hari isnin, minggu
yang baru untuk semua umat manusia.
Hanna membuka almari
baju, diambil scarf berwarna biru, diikatkan dilehernya. Dek kerana lusuh scarf
tersebut, seringkali rakannya mentertawakannya dan hanna juga ikut tertawa.
Seperti biasa semua
barang dipastikan di isi dalam beg galasnya.
Dia berjalan
meneyelusuri lorong pejalan kaki dan mengamati suasana pagi di busan.
Telefonnya tiba-tiba
berbunyi, watsapp baru masuk.
Faiz.
Tangannya pantas
menekan butang buka untuk melihat mesej faiz.
Dia berhenti
sebentar,
“hanna, tengok ni
faiz junior dah boleh jalan….dia Tanya aku semalam bila aunty hanna dia nak
balik Malaysia”
Hanna tersenyum
melihat mesej faiz yang disertakan dengan video.
Butang play ditekan,
kelihatan seorang budak kecil terumbang ambing belajar berjalan, Hanna
tersenyum lebar.
“comelnye the little
faiz, tolong kiss dengan hug the little faiz untuk aunty die ni ok?....”
MESSAGE SENT.