Tuesday, February 18, 2014

mengimbau memori cont.

Jam menunjukkan pukul 12.30 malam. Fatimah masih tidak boleh melelapkan mata. Sekejap-kejap badannya beralih. Pelbagai posisi telah dicuba namun fatimah masih tidak boleh melelapkan mata.  
Di luar sanak saudaranya masih sibuk menyiapkan cenderahati pengantin.
 Fatimah bukan tidak mahu menolong, tetapi dengan keadaan dirinya yang sedang berinai, menyebabkan sukar untuknya melakukan sebarang  pekerjaan.
Fatimah diam dalam gelap. Pelbagai perkara difikirkan. 
Pandangannya teralih pada pintu bilik yang dikuak perlahan. 
Kelihatan fahima mencari sesuatu.
“ima bukak la lampu kalau tak nampak”
Fahima kelihatan terkejut dengan sapaan kakaknya.
“ooo tak tido agi ye kak….kenape?...sbb nervous hari esok ke?...hahahahahahaa”
Fatimah diam seraya mengalihkan badannya membelakangi fahima.
Soalan fahima dibiarkan tanpa jawapan. Malas melayan dengan usikan-usikan sebegitu.
“kak….tido dah ke?”
Senyap.Fahima mendekatkan dirinya kepada kakaknya. Badan Fatimah digoncang perlahan oleh fahima.
“kak…..kak…..”
Masih senyap. Tiada sebarang respon diberikan oleh fatimah. Fahima mengeluh, tinggalkan kakak

Fatimah bangun awal hari itu. Selepas mencuci diri serta inai di jarinya, dia solat subuh.
 Kemudian bersiap-siap untuk pertunangan pagi ini dan seterusya ke masjid untuk upacara pernikahan.
Semuanya berjalan lancar, akhirnya fatimah selamat diijabkabulkan dengan fikri.

Kenduri kahwin diadakan pada hari itu juga. Ramai tetamu yang hadir.
Pengantin beramah mesra dengan tetamu
“Fatimah!!”
Nama fatimah dipanggil dari belakang.
Fatimah terkejut.

kelihatan budak-budak lelaki dari sekolahnya.
“timah kenal tak sape ni”
Fakrullah memperkenalkan hamzah.
Hamzah tersenyum, sebelah tangannya diangkat isyarat tanda menegur.
“oh hamzah”
Fatimah kelu, tidak tahu hendak bercakap apa.
“eh macam tu je. Takde terasa nak balas salam dier dulu ke…hahahahahahaa”
Fakrullah mengusik.
Muka Ftimah kemerahan menahan malu.
Fikri yang dari tadi memerhatikan fatimah, perasan akan perubahan muka isterinya, lantas cuba mengalih topic.
“korang ni kawan matrik ke sekolah?”

bersambung...........


Friday, February 7, 2014

Master postgraduate


hanna meraup muka berkali-kali....

sebelah tangannya masih memegang sample...

mulut dimuncungkan......

"sample awak ni tak bley...."

"awak ni tak tau ke?...."

"bukan dulu amek kos ni jugak....macam mana boleh tak peka...tak rujuk jurnal."

bermacam-macam kata didengari pada hari tersebut

hanna merenung samplenye....air mata hampir bergenang...sebelum bahunya disentuh oleh izyan

"hanna...lab kitakan next week mcam tak boleh nak run la....cane eh"

hanna memandang izyan, senyuman diberikan...

"ok jom...kita bincang....tapi mcm bese la....tak berapa nak arif gak dengan management masa ni...hahahhaaaa"

izyan memukul bahu hanna tanda tidak setuju..

.........................................................................................

Usai perbincangan,  hanna pulang ke rumah...

kepala terasa sangat serabut.....semuanya tidak kena...

dan seperti biasa escapism menjadi pilihan...

katil yang empuk menjadi tempatnya untuk menzahirkan rasa keserabutan di dalam kepala...

hati dipujuk...air mata seperti mahu mengalir....

"aku ni tak pandai la.......kenapa aku pilih jalan ni.....aku letih....ahhhhhhhhhh...kenapa susah sangat ni....kenapa tak tau...kenapa ..kenapa....dan kenapa"

dan akhirnya hanna tertidur setelah pelbagai persoalan diutarakan....

....................................................................................

jalan yang disangka sangat hampir itu...

realitinya sangat jauh.....

hati yang sangat keras pun akan cair akhirnya

jasadnya yang tegap juga akan membengkok.....

kaki yang melangkah akan letih....

jantung yang berdegup akan berhenti....

"what's the purpose of life when you start losing your sense..."