Tuesday, June 15, 2010

tazkirah

aku tulis bukan bermakna nak merajuk cuma melontar rasa......

da lama tak dengar tazkirah subuh..

pernah dibaca dalam suatu majalah

 komunikasi bukan sahaja pada orang sekeliling....

tetapi komunikasi juga perlu pada diri....

komunikasi yang penting adalah komunikasi terhadap diri sendiri...

ketahuilah pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang mampu memimpin dirinya sendiri....

aktiviti ini aku selalu buat waktu aku kat matrik dulu...

sebab tu aku baik siket la masa kat matrik dulu.....

aktiviti itu dinamakan "tazkirah sebelum mengangkat takbir subuh sambil duduk di pinggir katil"

untuk pengetahuan kalian aku suka waktu pagi pukul 4 or 5....

tapi kalau kat hostel aku berjaya jer buat tapi kalau kat rumah hampeh....

before that mari kita keluarkan satu perkataan....MUJAHADAH

pertama kali aku mendengar dan betul-betul mendalami perkataan mujahadah adalah dari

kakak yang selalu menjadi saksi terhadap kejadian alam ini....

apa itu mujahadah...

mujahadah adalah menunduk dan melawan hawa nafsu...BERSUNGUH-SUNGGUH...

berjuang untuk sentiasa mengingati tuhan yang satu....

nafsu pula ada banyak peringkat...

yang itu akan dibincangkan lain kali...

selepas writer menuntut ilmu dengan mencuri-curi nota ustaz mohd sidek 

dan menanyakan hasrat di hati...

ok habis...

pagi tadi jemputan untuk majlis itu...

iaitu aku....

ok...

tajuk pagi tadi adalah tangguh...

dalam satu hadis disebutkan...

daripada Ibnu Umar r.a katanya Rasulullah s.a.w telah menepuk bahuku serta bersabda:
"hendaklah engkau jadi di dunia ini seolah-olah berdagang  di negeri orang atau sebagai seorang yang melintasi jalan"

Ibnu Umar r.a berkata:
"jika kamu berada di waktu petang janganlah kamu tangguh ke waktu pagi dan jika kamu di waktu pagi janganlah kamu tangguh ke waktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada dalam keadaan sihat  sebagai persediaan engkau di waktu sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalab ketika engkau mati..."
(riwayat Al-Bukhari"

ok tak...

itulah yang dilontarkan oleh insan yang bernama syazwani berulang kali.....

renung-renungkan.....